PANEL KERETA ANDA
HOTLINE 017-7733750
Selasa, 24 Mei 2011
Selasa, 10 Mei 2011
PANTERA AUTOWORKS
Mula beroperasi pada April 2008, Pantera Autoworks dimiliki sepenuhnya oleh anak muda bumiputera. Beralamat di No. 25, Jalan Betik 1, Taman Kota Masai, menjalankan kerja-kerja servis dan membaiki kenderaan petrol dan diesel. Ini termasuk menaiktaraf dan tukar enjen, sistem pendawaian kenderaan, sistem suspensi dan brek, sistem penyaman udara, perhidmatan trak tunda dan bantuan kerosakan di sekitar Pasir Gudang.
Diketuai oleh mekanik yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang permotoran termasuk lori dan bas, Pantera Autoworks menyediakan perkhidmatan bukan sahaja kepada ahli-ahli Kelab Kereta Pantera, tetapi juga kepada semua pemilik-pemilik kenderaan di Taman Kota Masai dan sekitarnya. Dengan sokongan para pelanggan yang berpuashati dengan perkhidmatan Pantera Autoworks selama ini dan tawaran harga yang berpatutan, membuatkan Pantera Autoworks dapat bertahan sehingga ke hari ini.
SUKIMI OIL
Pantera Autoworks adalah pengedar kepada barangan keluaran Sukimi Lube (M) Sdn. Bhd. dan bengkel ini menggunakan sepenuhnya minyak enjen Sukimi Lube.
Bagi anda yang belum mengenali Sukimi Lube, ini adalah syarikat bumiputra yang diberikan lesen oleh Caltex untuk membungkus dan memasarkan minyak yang diformulasikan oleh Caltex dengan jenama Sukimi Lube.
Langgan:
Catatan (Atom)